Thursday, April 20, 2006

Skor Pengimbas BioPhotonic Pharmanex® Terbukti Memberi Status Antioksidan Menyeluruh!

Hasil daripada usahasama para saintis Pharmanex dan 3 universiti utama di Amerika Syarikat iaitu University of Utah, Tufts University, dan Vanderbilt University, penyelidikan baru menunjukkan bahawa Pengimbas BioPhotonic Pharmanex® merupakan pengukur tepat kesihatan antioksidan secara menyeluruh! Kajian ini dibentangkan kepada Federation of American Societies for Experimental Biology (FASEB) di San Francisco, California, awal bulan ini.

Kajian yang bermatlamat untuk mengetahui kaedah terbaik untuk mengukur tahap antioksidan dalam badan manusia, melibatkan ujian yang dijalankan ke atas lebih daripada 300 orang. Kaedah-kaedah ini termasuklah Raman Spektroskopi (Pengimbas BioPhotonic Pharmanex®) yang tidak menceroboh badan, antioksidan serum darah; atau sampel ujian air kencing yang pada mulanya dianggap sebagai cara terbaik dan digunakan secara meluas untuk mengukur kesihatan antioksidan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa Pengimbas BioPhotonic merupakan petunjuk baik untuk tahap pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran, nutrisi dan kesihatan antioksidan, menjadikannya alat pengukur yang tepat untuk mengukur kesihatan antioksidan yang menyeluruh dalam badan manusia.


Untuk informasi lanjut, sila emel

0 Comments:

Post a Comment

<< Home