Cara cara untuk mengurangkan Darah Tinggi 2
AMALKAN PEMAKANAN SIHAT
Kurangkan memakan daging, banyakkan buah dan sayur , bijirin. Kurangkan garam dalam makanan. Tambahkan diet anda dengan supplemen yang perlu seperti Kalsium, magnesium, Potassium. Kurangkan makanan berlemak. Minum susu tanpa lemak, Lebihkan ikan daripada daging . Makanan seperti pisang yang banyak mengandungi potassium boleh membantu, selain dari epal, avokado, aloe vera.
KAWAL EMOSI
Kalau anda dalam kategori orang yang cepat marah, cuba kawal emosi anda. Carilah aktiviti yang boleh menggembirakan anda seperti bermain dengan anak anak, binatang ternakan, melakukan asebarang hobi anda yang lain atau menonton siri kegemaran anda terutama siri komidi.
Lakukan juga latihan meditasi dengan cara duduk diatas kerusi, pejamkan mata anda sekejap dan tarik nafas dalam dalam dan lepaskan. Buatlah latihan ini seekurang kurangnya setengah jam sehari.
TAMBAHKAN DIET DENGAN SUPPLEMENT
Carilah supplement tambahan yang terbaik dan berkualiti dan dibuat dari bahan makanan. Jangan beli pil KAlsium Magnesium yang dibuat dari kulit kerang atau batu kapur kerana itu bukan makanan dan tidak dapat diserap oleh badan. Ingat! Berkualiti bukan bermakna mahal. Ada yang mahal tapi tak berkualiti.
Antara supplemen yang dapat membantu adalah:
Potassium, Kalsium, Magnesium, CoQ10, Vitamin C-B5-B6-E, Lecithin, Selenium, Beta Glucan, L-Arginine, Fish Oil (Omega 3).
Juga boleh mengamalkan minum 2 sudu sehari Apple Cider Vinegar yang dicampur air segelas... untuk enak tambahkan sedikit madu lebah asli.
Selain daripada itu cubalah bentuk pengubatan lain seperti Acupunture, urutan, ayurveda dan ubatan herba tradisional seperti ginseng, aloe vera, green tea atau oolong tea.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home