Thursday, November 30, 2006

Who Needs Aspirin

Health Tip: Who Needs Aspirin?

Aspirin is often recommended by cardiologists for its blood-thinning properties, but the medication can lead to complications, including stomach problems.

The Cleveland Clinic says you should always check with your doctor before starting a daily aspirin regimen.

In general, the clinic says, people at risk for the following conditions may benefit from aspirin therapy:

* Heart attack.
* Blood clots or stroke caused by blood clots.
* Unstable angina.
* Transient ischemic attacks (TIAs) or "mini-strokes."

Thursday, November 16, 2006

Salur darah tersumbat

JIKA anda sudah bertahun-tahun menghidap kencing manis serta selalu ‘terlupa dan terleka’ mengawal paras gula dalam darah, berhati-hatilah kerana anda mempunyai risiko tinggi untuk menjadi buta.


Benarkah kencing manis boleh menyebabkan buta? Benar. Ia penyebab utama kebutaan di negara ini. Kajian Mata Kebangsaan pada 1996 mendapati, antara penyebab utama masalah kehilangan penglihatan ialah katarak dan penyakit retina.

Kencing manis boleh mengakibatkan kebutaan dengan merosakkan salur darah dalam retina (saraf di belakang mata). Kemungkinan menjadi buta akibat kencing manis adalah 25 kali lebih tinggi berbanding individu sihat.

Pandangan akan terganggu jika pembuluh darah pada retina tersumbat atau berlaku kebocoran yang menyebabkan pendarahan dan pembengkakan pada retina.

Penyumbatan salur darah ini akhirnya boleh menyebabkan pertumbuhan salur darah baru yang tidak normal dalam mata pesakit.

Salur darah ini juga sangat lemah dan boleh pecah bila-bila masa. Apabila salur darah pecah, ia mengeluarkan darah dan lemak di dalam mata. Kehadiran darah dan lemak ini membuatkan pandangan pesakit kencing manis menjadi kabur.

Malah, mereka juga nampak seolah-olah ada tompok hitam pada objek yang dipandang. Jika tidak dirawat segera, gejala ini boleh menyebabkan kebutaan.

Kira-kira 39 peratus daripada 18,000 penduduk yang mengalami masalah katarak menjadi buta, manakala 24 peratus lagi hilang penglihatan akibat penyakit retina (juga dipanggil retinopati diabetis) yang disebabkan kencing manis tidak terkawal.

Ini adalah masalah yang membimbangkan kerana jumlah pesakit kencing manis bertambah setiap tahun. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2000 menyatakan, 2.8 peratus penduduk dunia atau 135 juta orang menghidap kencing manis.

Keadaan sama berlaku di negara kita. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 menunjukkan, 8.3 peratus penduduk Malaysia menghidap kencing manis dan 49 peratus (lebih separuh) mempunyai kawalan kandungan gula dalam darah yang tidak baik. Ini bermakna satu daripada dua pesakit kencing manis tidak mengawal pemakanan mereka.

Menurut Perunding Kanan Oftalmologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Muhaya Mohamad, penyelidikan yang dijalankan di beberapa hospital mendapati ramai pesakit kencing manis mempunyai masalah retinopati diabetis iaitu 49 peratus di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), 49 peratus di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan 52 peratus di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Lebih membimbangkan, keputusan kajian di Hospital Muar pada 2003 menunjukkan, retinopati diabetis berlaku pada 72 peratus pesakit kencing dan 41 peratus daripadanya ada masalah mata yang menyebabkan buta.

“Ini menunjukkan lebih separuh pesakit kencing manis yang dirujukkan ke hospital kurang memberi perhatian terhadap kawalan pemakanan, walaupun tahu risiko akibat berlebihan gula dalam darah,” katanya sempena sambutan Hari Penglihatan Sedunia 12 Oktober lalu anjuran bersama Persatuan Oftalmologi Malaysia, Tabung Mata Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia, PETRONITA dan Petronas.

Sempena hari itu juga, beliau menghasilkan poskad mengenai bahaya kebutaan kepada pesakit kencing manis. Ia akan diedarkan kepada semua stesen minyak Petronas di Semenanjung mulai 17 Oktober ini.

Tidak kira sama ada pesakit kencing manis lelaki atau perempuan, kedua-duanya mempunyai risiko sama untuk buta jika paras gula dalam darah tidak dikawal.

Katanya, setiap pesakit kencing manis berdepan risiko mengalami masalah retina. Penyelidikan menunjukkan selepas lima tahun, hampir 50 peratus pesakit kencing manis mempunyai masalah retinopati diabetis. Semua ini disebabkan kebanyakan penduduk di negara kini, khususnya penghidap kencing manis, jarang atau tidak pernah menjalani pemeriksaan mata.

Apa pentingnya jalani pemeriksaan mata?

Kencing manis adalah penyebab kebutaan di kalangan pesakit berumur antara 20 hingga 70 tahun dan ia sebenarnya boleh dicegah. Pemeriksaan mata sangat penting, terutama pada yang masih dalam peringkat umur produktif.

Setiap tahun hampir 10,000 penduduk Amerika Syarikat buta akibat kencing manis. Di Malaysia, kebanyakan pesakit kencing manis yang mendapatkan rawatan di klinik mata dikesan mempunyai retinopati diabetis kerana lewat dirujuk.

Jika tidak dirawat dan mengawal paras gula dalam darah, mereka boleh menjadi buta. Di kalangan pesakit kencing manis kanak-kanak (diabetis Jenis 1) ketika penyakit mereka mula dikenal pasti, sebanyak 10 peratus sudah mempunyai masalah retina.

Selepas 10 tahun menghidap kencing manis, hampir 43 peratus pesakit kanak-kanak ada penyakit retina. Biasanya penyakit retina akan muncul selepas lima tahun menghidap kencing manis.

Pesakit kencing manis yang mengalami mendapat sakit mata dinasihatkan segera menjalani pemeriksaan kesihatan. Ini kerana apabila ada kerosakan mata, mereka juga berkemungkinan menghadapi masalah kerosakan saraf. Pada masa sama, mereka perlu jalani ujian air kencing bagi mengesan kehadiran protein yang menunjukkan ada masalah buah pinggang.

Rawatan

Perkara paling utama ialah pencegahan. Sehingga kini tiada ubat boleh mencegah masalah retinopati diabetis. Malah, rawatan terbaik ialah sentiasa mengawal paras gula dalam darah supaya sentiasa dalam lingkungan 6 mmol/liter (ketika berpuasa) dan tidak melebihi 7.5 mmol/liter selepas makan.

Bagi yang ada masalah retinopati diabetis, pesakit boleh menjalani rawatan laser. Usah bimbang dengan perkataan laser. Ia adalah rawatan cahaya, tidak menyakitkan, mata tidak perlu dibedah dan pesakit dirawat sebagai pesakit luar.

Rawatan laser ini hanya mengambil masa antara 10 hingga 30 minit. Ia sesuai bagi pesakit yang mengalami masalah kebocoran lemak di tengah mata atau pendarahan. Ia juga boleh mencegah kerosakan berterusan dan pesakit biasanya dibenarkan balik ke rumah pada hari sama.

“Penyakit retina hanya boleh dikesan pakar mata dan kini terdapat teknik mudah untuk mengesan retinopati diabetis melalui kamera khas. Sehingga kini Kementerian Kesihatan menyediakan 23 kamera yang ditempatkan di hospital utama dan klinik di seluruh negara.

“Sebaik disahkan menghidap kencing manis, pesakit perlu minta doktor menyediakan surat rujukan untuk mereka mendapatkan perkhidmatan pengambilan gambar retina. Perkhidmatan ini ada di semua hospital besar,” katanya.

Gunakan peluang ini untuk menambah pengetahuan mengenai penjagaan mata, khususnya di kalangan pesakit kencing manis.

Perangsang kebutaan

MENURUT Dr Muhaya, beberapa faktor boleh mempercepatkan proses kebutaan iaitu apabila pesakit turut mengalami masalah:

# Paras gula dalam darah tidak terkawal (paras gula perlu dikekalkan ialah 6 mmol/liter ketika puasa dan tidak melebihi 7.5 mmol/liter selepas makan).

# Tekanan darah tinggi (melebihi 130/80 mmHg).

# Paras kolesterol tinggi (melebihi 5.2 mmol/liter).

# Merokok.

# Mengandung.

Bagi kes wanita yang ada kencing manis dan mengandung, risiko mereka lebih tinggi.

Mereka disaran menjalani pemeriksaan mata sejak awal sebaik disahkan mengandung dan setiap kali pemeriksaan kehamilan.

“Wanita yang hanya mendapat kencing manis ketika mengandung juga perlu menjalani pemeriksaan mata secara berterusan sepanjang kehamilan. Ketika mengandung, paras hormon akan berubah.

“Perubahan paras hormon ini menyebabkan masalah retina berlaku lebih cepat. Mereka juga perlu terus diperiksa dan mengawal paras gula dalam darah sehingga enam bulan selepas bersalin,” katanya.

Penjagaan untuk lelaki sebenarnya lebih mudah kerana mereka tidak mengandung. Yang penting, pesakit kencing manis yang merokok mesti berhenti merokok secepat mungkin.

Pesakit kencing manis juga berdepan masalah lain iaitu katarak dan glaukoma. Mereka juga biasanya lebih cepat mengalami katarak berbanding individu sihat.

Pun begitu, bukan semua pesakit kencing manis akan menghadapi penyakit retina kerana ia boleh dielakkan dengan menjaga pemakanan dan mengawal paras gula dalam darah sepanjang masa.

Najis campur darah petanda awal

RAMAI antara kita pernah mengalami masalah pendarahan apabila buang air besar. Gejala najis bercampur berdarah ini sebenarnya petanda penting yang menunjukkan badan kita ada masalah kesihatan yang perlu mendapat rawatan segera.


Pendarahan ketika buang air besar dikategorikan sebagai masalah biasa yang berlaku dalam masyarakat kita terutama di kalangan golongan muda pada peringkat umur produktif iaitu antara 20 hingga 30 tahun.

Masalah ini lebih kerap berlaku pada individu yang terlalu banyak mengambil karbohidrat yang diproses, daging dan kurang makan sayur-sayuran serta buah-buahan. Karbohidrat yang diproses bermakna sumber karbohidrat dibersihkan daripada kekasaran luaran melalui kaedah penulenan.

Dalam proses ini, hampir semua vitamin, galian serta serat turut terbuang dan yang tinggal hanya kalori. Untuk menjadikan ia berkhasiat, sesetengah produk diperkayakan dengan memasukkan semula zat yang terbuang tadi. Antara contoh karbohidrat proses ialah roti putih, gula atau bahanyang dibuat daripada tepung.

Inilah sebabnya bagi individu yang mengamalkan pemakanan kaya karbohidrat proses lebih kerap mengalami masalah sistem perkumuhan terutama jika mereka juga kurang mendapat bekalan serat, air dan jarang bersenam.

Ada banyak punca yang boleh menyebabkan pendarahan ketika buang air besar. Punca yang paling lazim ialah buasir dan kanser usus selain rekahan pada kulit saluran dubur (masalah biasa dan menyakitkan, disebabkan sembelit atau mengeluarkan najis secara paksa), polip pada rektum dan usus besar serta ulser.

Masalah ini juga dipanggil pendarahan rektum (bahagian akhir usus besar) kerana rektum terletak betul-betul di atas lubang dubur. Kebanyakan pendarahan rektum pada usus besar, hujung usus besar atau dubur. Usus besar ialah sebahagian daripada saluran gastrointestin; iaitu laluan makanan selepas ia dicerna dalam usus kecil.

Usus besar bertanggungjawab menyingkirkan air daripada makanan yang tidak tercerna dan menyimpannya sehinggalah ia dibuang sebagai najis. Rektum pula adalah bahagian terakhir usus besar (15 sentimeter dari dubur). Manakala esofagus, perut, duodenum dan usus kecil dipanggil saluran gastrointestin atas.

Menurut Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abdul Hamid Mat Sain, walaupun ramai yang menganggap ia agak memalukan tetapi gejala berbahaya tidak boleh dipandang ringan dan perlu diberikan perhatian segera bagi mengesan punca sebenar menyebabkan pendarahan.

Sikap tunggu dan lihat sebenarnya boleh menyebabkan masalah ini bertambah berat kerana ramai yang menganggap ia bukanlah perkara membimbangkan apabila pendarahan berhenti selepas beberapa ketika tanpa mendapatkan sebarang rawatan.

“Warna darah juga sebenarnya berbeza dan secara umum warna ia boleh memberikan gambaran kasar kepada punca, penyakit dan lokasi pendarahan. Jika warna darah yang keluar bersama najis itu merah cerah bermakna penyakit berada dekat dengan kawasan dubur (di bahagian usus yang hampir dengan kulit). Ia mungkin disebabkan masalah pada saluran menyebabkan salur darah bengkak dan pecah seperti yang berlaku pada pesakit buasir.

“Jika warna darah merah gelap bermakna pendarahan berlaku pada bahagian usus yang lebih dalam. Penyakit pada umumnya lebih berbahaya seperti kanser usus. Ini adalah punca pendarahan rektum yang paling lazim,” katanya.

Warna najis yang hitam dan melekit seperti tar (dipanggil melena) pula menandakan ada pendarahan pada bahagian lebih atas (pangkal) usus, esofagus, perut atau duodenum (usus kecil). Melena atau najis tar ini terhasil apabila pendarahan berlaku terlalu lama dalam usus besar yang memberikan peluang bakteria bertindak dan menghuraikannya kepada bahan dipanggil hematin yang berwarna hitam dan berbau sangat busuk. Inilah sebabnya apabila berlaku pendarahan rektum kali pertama, pesakit perlu menjalani pemeriksaan segera.

Selain warna, kuantiti darah juga boleh menjadi petanda tahap penyakit atau masalah yang dialami seseorang. Biasanya pendarahan rektum sederhana dikategorikan apabila banyak darah keluar setiap kali buang air besar. Jika kuantiti ini lebih banyak, bermakna pendarahan sudah mencapai tahap serius.

Pendarahan rektum juga boleh menyebabkan pesakit berasa lesu, pening atau pitam khususnya bagi mereka yang mengalami pendarahan serius. Kadang kala pesakit juga boleh mengalami simptom tekanan darah rendah terutama apabila berdiri selepas lama duduk di tandas.

Masalahnya ramai antara kita tidak mendapat pemeriksaan awal secukupnya. Bahkan pesakit juga enggan diperiksa kerana malu sebaliknya hanya meminta ubat daripada doktor. Tindakan ini sebenarnya perlu diubah kerana tanpa pemeriksaan, masalah sebenar yang dihadapi tidak dapat diketahui.

Dr Abdul Hamid berkata, pemeriksaan saringan pertama paling minimum ialah ujian rektum digitar yang memerlukan doktor melihat dan memasukkan jari ke dalam dubur pesakit. Ujian ini tidak sakit dan hanya mengambil masa satu atau dua minit saja. Biasanya melalui pemeriksaan ini, doktor boleh memeriksa keadaan dinding usus, bengkak, buasir, kanser atau ketumbuhan yang tumbuh di hujung usus besar.

Jika pendarahan bukan disebabkan buasir, ini bermakna pendarahan berlaku di bahagian usus yang lebih dalam dan diagnosis seterusnya perlu dijalankan kerana 50 peratus kanser usus lazimnya berlaku pada 15 sentimeter ke dalam usus (dari dubur).

Pada peringkat awal, pesakit umumnya tidak dapat membezakan sama ada pendarahan itu disebabkan buasir atau kanser usus kerana ramai yang mengalami kedua-dua masalah serentak. Jika didapati ada ketumbuhan dalam rektum, doktor akan menjalankan biopsi dengan mengambil secebis tisu daripada ketumbuhan berkenaan untuk diperiksa.

“Pesakit perlu membuang rasa malu kerana ia menghalang proses rawatan. Paling penting, jika pendarahan itu disebabkan kanser, ia boleh dirawat awal. Jika tiada buasir atau kanser, ini bermakna pendarahan berlaku pada bahagian atas gastrointestin. Ia boleh dipastikan melalui ujian kolonoskopi untuk mengesahkannya.

“Gejala najis berdarah juga berlaku pada kanak-kanak tetapi ia biasanya disebabkan masalah sembelit dan bukannya kanser. Bagaimanapun bagi orang dewasa, jangan buat tidak endah pada gejala ini kerana ia petanda penting wujudnya masalah kesihatan,” katanya.

Ancaman kencing manis

Pesakit mempunyai kebarangkalian tiga kali ganda mendapat penyakit kritikal disebabkan kegagalan organ

DALAM keluarga anda, termasuk saudara mara terdekat, berapa orang agaknya menghidap penyakit kencing manis? Seorang, dua atau lebih? Kini penyakit kencing manis menjadi seperti perkara biasa dan kita tidak terkejut apabila mengetahui ada rakan menghidap penyakit ini.


Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996, kira-kira 8.3 peratus penduduk Malaysia menghidap kencing manis. Selepas 10 tahun, jumlah sebenarnya jauh lebih tinggi dan lebih membimbangkan, penyakit ini makin menular pada golongan muda.

Namun perkara ini tidak harus dianggap sebagai kebiasaan dan perlu dielakkan dengan penjagaan pemakanan sejak muda, terutama bagi individu yang menghadapi masalah berat badan berlebihan, mempunyai ahli keluarga menghidap sakit jantung dan kencing manis.

Ini kerana anda juga berpeluang mendapat penyakit sama, khususnya jika anda mempunyai tiga ciri berikut iaitu perempuan, mengalami kegemukan di pinggang dan berumur 40 tahun ke atas.

Ramai orang tidak sedar mereka ada masalah paras gula tinggi dalam badan (dipanggil kerintangan insulin) kerana ia tidak menunjukkan tanda atau gejala. Justeru, ramai tidak sedar mereka meniti ‘laluan’ untuk mendapat kencing manis, sakit jantung atau kedua-duanya.

Biasanya selepas umur 40, ramai wanita mula mengalami masalah pertambahan berat badan. Malah, ada yang tidak mengambil usaha untuk mengatasi perkara ini hinggalah masalah berat badan berlebihan bertukar menjadi obesiti. Pada peringkat ini, usaha menurunkan berat badan menjadi lebih sukar dan perlahan.

Apabila berat badan bertambah, pergerakan menjadi perlahan. Bersenam dianggap aktiviti lebih payah dan sukar dilakukan. Namun membiarkan berat badan bertambah sebenarnya hanya meningkatkan risiko mendapat kencing manis dan sakit jantung.

Risiko ini lebih tinggi jika ada ahli keluarga menghidap dua penyakit kronik itu. Malangnya, ramai tidak melihat ia sebagai amaran atau peringatan untuk memulakan langkah berjaga-jaga bagi mengelakkannya.

Wanita dalam kategori ini perlu menjaga kesihatan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang serta mula bersenam. Amat menyedihkan, kurang tujuh peratus wanita di negara ini bersenam. Malah, ada yang tidak pernah bersenam langsung kecuali ketika di sekolah dulu.

Dalam laluan menuju ke alam menopaus, badan mengalami banyak perubahan hormon yang merangsang masalah seperti kepanasan dan gangguan kitaran haid. Ketika ini ramai wanita mula mengalami masalah pengumpulan lemak, terutama di pinggang. Namun, jangan ukuran pinggang anda terus meningkat melebihi 80 sentimeter (32 inci).

Selain pinggang, lemak berkumpul pada hati dan organ penting lain, mengakibatkan masalah kerintangan insulin. Maknanya, insulin tidak lagi mampu memindahkan glukos dalam darah ke sel (yang digunakan sebagai tenaga). Lama kelamaan ia menyebabkan paras gula dalam darah menjadi semakin tinggi.

Tanpa tenaga (glukos), banyak proses semula jadi dalam badan terganggu, tekanan darah meningkat selaras peningkatan paras gula dan lemak dalam darah — menyebabkan sel menjadi lebih rintang terhadap insulin. Akibatnya, wanita mendapat kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

Malah, wanita yang mendapat kencing manis ketika mengandung juga perlu lebih berhati-hati kerana kajian mendapati mereka berisiko tinggi mengalami masalah kerintangan insulin jika tidak mengawal pemakanan dan berat badan.

Ada pakar perubatan berpendapat, selalu berasa letih dan tidak bertenaga, suka makan makanan manis dan berkarbohidrat ada kaitan dengan masalah ini. Bagaimanapun, ia hanya gejala umum kerana banyak perkara boleh menyebabkan seseorang kerap berasa lebih atau ingin makan makanan manis dan berkarbohidrat.

Kajian terbaru menunjukkan kencing manis meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian. Kesan kencing manis dikatakan lebih buruk berbanding obesiti.

Kajian dijalankan Hospital Universiti Kentucky Chandler dan Fakulti Perubatan Universiti Emory, Atlanta ke atas 15,408 orang berumur antara 44 hingga 66 tahun mendapati, pesakit kencing manis mempunyai kebarangkalian tiga kali ganda untuk mendapat penyakit kritikal disebabkan kegagalan organ berbanding individu obes yang tiada kencing manis.

Banyak kajian membuktikan perubahan gaya hidup ke arah lebih sihat boleh meningkatkan kualiti kesihatan dengan cepat. Kajian Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat ke atas individu berlebihan berat badan yang mengawal pemakanan dan bersenam mendapati mampu mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 60 peratus.

Secara umumnya, perubahan pemakanan dan senaman mampu mencegah pelbagai penyakit kronik. Perubahan pemakanan ini tidak perlu mendadak kerana perkara yang dilakukan secara tiba-tiba sukar untuk bertahan lama.

Sebaik-baiknya lakukan secara berperingkat. Perkara paling utama ialah bersederhana, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan, minum banyak air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari (atau satu liter) dan ada petua mengatakan, berhenti makan sebelum kenyang.

Penjagaan kesihatan adalah tanggungjawab setiap orang. Sebagai wanita, tanggungjawab ini lebih besar kerana sebagai isteri dan ibu, anda perlu menjaga kesihatan keluarga, khususnya anak.

Corak pemakanan wanita biasanya akan mempengaruhi pemakanan seisi keluarga. Justeru, jangan perjudikan kesihatan anak dengan tabiat pemakanan kurang sihat. Luangkan masa untuk bersenam bersama suami dan anak kerana manfaatnya akan dinikmati seisi keluarga.

Tingkatkan metabolisme

ADA orang tetap kekal kurus walaupun makan banyak, sebaliknya ramai mengalami masalah pertambahan berat badan meskipun hanya makan sekali sehari.


Orang yang kekal kurus dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi dan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga berlaku dengan cepat, manakala individu gemuk sebaliknya.

Namun pendapat ini bukan 100 peratus tepat kerana semuanya bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam.

Hakikatnya, jika kita makan banyak melebihi tenaga diperlukan, kita pasti mengalami masalah pertambahan berat badan. Jika kurang makan tetapi banyak menggunakan tenaga, berat badan akan berkurang.

Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza mengikut gaya hidup masing-masing.

Contohnya lelaki dewasa yang aktif berusia antara 20 hingga 39 tahun dengan berat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari.

Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah. Walaupun faham mengenai perkara ini, ia sukar dijadikan sebahagian daripada amalan. Malah, mengira kalori setiap kali hendak makan juga tidak dianggap sebagai amalan praktikal.

Metabolisme membabitkan tiga perkara asas. Pertama ialah kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan kalori harian untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Biasanya setiap orang menggunakan sehingga 75 peratus daripada tenaga harian untuk tugas ini.

Kedua ialah pencernaan dan penyerapan makanan. Kira-kira 10 peratus daripada kalori harian digunakan untuk proses ini. Ketiga ialah aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga yang ada. Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti dilakukan.

Secara semula jadinya, beberapa faktor akan memperlahankan metabolisme, iaitu:

# Umur — Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar lima peratus selepas 40 tahun. Apabila kita bertambah tua, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnya apabila otot berkurang, kadar metabolisme juga menurun.

# Jantina — Secara umumnya metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka yang besar dan mempunyai kurang lemak badan.

# Masalah hipotiroidisme — Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.

# Genetik — Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar metabolisme cepat.

Jika anda mempunyai kadar metabolisme perlahan, usah bersedih kerana ia berlaku kepada kebanyakan orang. Walaupun ada banyak produk kesihatan dan pil yang mendakwa boleh mempercepatkan kadar metabolisme, ia bukan kaedah terbaik.

Memang tidak salah untuk mencuba produk seperti ini, tetapi kita perlu berhati-hati dan sebaik-baiknya dapatkan pandangan pakar terlebih dulu sebelum menggunakannya.

Mengamalkan gaya hidup kurang bergerak dikatakan menjadi penyumbang utama kepada kadar metabolisme perlahan. Perkara ini dialami kebanyakan orang di seluruh dunia, termasuk penduduk di negara kita.

Rata-rata memberikan alasan sibuk dan tiada masa untuk bersenam. Tanpa semangat dan keazaman kuat, bersenam adalah tugas yang sangat berat untuk dilakukan, walaupun ramai tahu manfaatnya.

Tidak kira berapa umur kita, beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kembali paras metabolisme, iaitu melalui:

# Pemakanan — Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 1,000 kalori setiap hari. Seperti badan, proses metabolisme memerlukan tenaga daripada makanan. Jika anda mengamalkan diet kurang daripada 1,000 kalori sehari, secara automatik badan memperlahankan kadar metabolisme untuk menjimatkan tenaga.

# Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.

# Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.

# Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot.

# Buat senaman aerobik empat hingga lima hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.

# Buat senaman angkat berat. Tidak perlu pergi ke gimnasium, mengangkat dumbel sudah memadai. Jika tiada, gantikan dengan botol mineral yang berisi air.

# Minum banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.

# Tidur secukupnya. Tidur memberi peluang badan berehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman.

Sunday, November 12, 2006

Length of fingers determine sporting ability and sexuality

In recent years a number of studies have been carried to investigate how people's individual characteristics correlate with their finger lengths. These studies have been based on comparisons between the length of the individual's index finger and the length of their ring finger.

These studies have revealed correlations between finger lengths and individual characteristics such as testosterone levels, risk of heart attack, sporting ability, sexuality and even penile size.

In the majority of women, the index and ring fingers are almost equal in length. While in men, the ring finger is usually noticeably longer than the index finger.

In the largest study of its kind, carried out at Kings College London, it was shown that women with a longer ring finger were more likely to be good at sports such as tennis, swimming and skiing. However, the same study also showed a correlation between women with a longer index finger and an increased prowess in cricket, martial arts and gymnastics.

Male sporting ability can also be linked with finger length as revealed in a study carried out by John Manning of the University of Central Lancashire. John Manning’s findings revealed that men with longer index fingers are more likely to be better sportsmen.

Another discovery based on a study carried out solely on females was by a group of scientists from the University of California at Berkeley. This controversial study showed that lesbians showed a greater propensity to have a significant difference between their index finger and ring finger than was shown in heterosexual women.

It came to light in a study by the University of Alberta that men with short index fingers tended to be more aggressive which is linked to higher testosterone levels and a greater chance of heart attack in early adulthood.

A Greek scientist from the Naval and Veterans Hospital of Athens has discovered that the length of the index finger can accurately predict the length of the penis. It is claimed that these findings will help doctors counsel and treat men who suffer from perceived inadequacies in this area.

The University of Alberta study on males showed that finger length is dictated by womb environment. Men with several older brothers were shown to be more likely to have significantly shorter index fingers. This is thought to be due to the increased amount of androgen in the mother's womb. However, Professor Spector's study at Kings College, London, which was carried out on females, showed that finger length is 70% heritable and womb environment was revealed to have little influence on the length of the female fingers. Despite this, scientists are yet to discover a gene which dictates finger length.